~because the journey to a million miles begins with the first step..

Tuesday, August 3, 2010

3rd Aug 2010

Tadi pagi sy berkunjung ke computer simulation lab @ pharmacy school..ada satu akuarium, dengan 4-5 ekor ikan berbeza-beza..sy renung ikan-ikan itu, mereka berenang dari satu hujung ke hujung lain, mengepak-ngepak sirip dan melawan daya tolakan air..mereka tidak bergaduh, tetapi mereka berenang bersama-sama.tanpa jemu mereka berenang, sehari-hari itu saja aktiviti yang dilakukan, selain menelan biji-biji makanan apabila ditaburkan oleh staf makmal..mereka tak kenal erti jemu, kerana mereka tahu hidup mereka hanya dalam kotak empat segi itu sahaja.mereka tidak dapat keluar, jadi adalah lebih baik hidup dengan memaksimakan apa yang ada, menggunakan ruang kehidupan dengan sebaiknya..

Sy terus melihat kembali ke dalam diri, betapa tidak bersyukurnya sy dengan apa yang saya ada sekarang.kerap kali sy rasa jemu, cuba lari dari ruang lingkup yang saya ada, cuba mencari yang lebih baik dari yang ada sekarang, tanpa sy sedar, yang sebenarnya sy telah berada dalam ruang yang terbaik untuk sy. Allah sudah memberikan yang terbaik untuk saya buat masa ini. tapi sy sering rasa tidak cukup..astaghfirullah..

adakalanya sy rasa malas, tanpa sy sedar yang itu sebenarnya racun merosak diri..
adakalanya sy rasa jemu, tanpa sy sedar yang jemu itu cuma mainan syaitan untuk melemahkan diri..
adakalanya sy rasa tertekan, dan sy cuba lari dari tekanan itu, tanpa sy sedar sebenarnya dengan menghadapi tekanan itu secara berani sebenarnya adalah lebih baik dan rewarding..

Dalam meneruskan perjalanan research ni, banyak yang sy pelajari, dan banyak juga sy rasa telah menyusahkan orang-orang disekeliling sy, org2 yg sy sayangi sebab terpaksa melayan keluhan-keluhan dan melihat sy dalam keadaan yang lemah tanpa arah..terima kasih kepada semua yang terus memberikan sokongan, yang tetap menyokong bahu sy agar tidak jatuh terjelepok di pertengahan jalan yang penuh halangan ini..sy akan terus berusaha untuk kuat dan terus melangkah ke hadapan.semoga yang terbaik ada di sana...

No comments:

Post a Comment