~because the journey to a million miles begins with the first step..

Friday, February 11, 2011

Ada apa dengan Valentine's Day??


"Ada apa dengan Valentine's Day?" hm.. ada banyak sebenarnya. Ada banyak keburukan, ada banyak dosa yang berkaitan, ada banyak lalai yang mengikuti, ada banyak syaitan dan iblis yang merasuki, ada banyak maksiat dan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh anak adam rentetan sambutan hari Valentine atau hari kekasih ini.

Rata-rata remaja dan tidak kurang juga orang dewasa suka dan menanti-nanti kehadiran hari Valentine. Si perempuan suka atas sebab bakal menerima hadiah yang hebat2 daripada 'kekasih hati', e.g perfume, chocolate, roses..etc...si lelaki pula suka sebab bakal mendapat 'hadiah' yang lebih besar dan semestinya menyeronokkan. Jika dahulu budaya hari Valentine ini hanya popular dalam kalangan masyarakat barat dan golongan kristian, namun kini anak-anak remaja Islam yang sakan menyambutnya.

Berbekalkan jiwa yang kosong dengan ilmu dan hukum hakam agama, anak-anak ini cuba mencari kebahagiaan dengan bersama teman berlainan jantina. Ditambah pula dengan ibubapa yang 'sporting' tak kena tempat, dan kebebasan yang diberikan : muda hanya sekali, buatlah apa nak buat pun..makanya apa yang jadi 9 bulan selepas hari Valentine? Astaghfirullah~

Sambutan hari kekasih tidak wujud sama sekali dalam Islam. Malah asas sebenar sambutan hari Valentine merupakan pengagungan dan sambutan penganut agama kristian terhadap paderi mereka. Makanya sebagai umat Islam, sewajarnya acara sambutan ini dibuang terus daripada budaya hidup kita, kerana Nabi s.a.w telah bersabda yang mafhumnya :

" Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka"

(Hadith Riwayat Abu Dawud)

Antara lain, hadith ini menyatakan kepada kita andainya kita mengikuti budaya agama lain, maka kita merupakan penganut agama tersebut..na'uzubillah!

Justeru, sebagai seorang yang telah dikurniakan 2 nikmat terbesar iaitu iman dan islam, sewajarnya kita memelihara iman dan islam kita ini dengan sebaiknya. Biarlah kita dikatakan tidak mengikut arus perkembangan semasa, biarlah kita dikatakan kolot dan ketinggalan zaman, biarkan mereka berkata apa sahaja, asalkan di hadapan Allah kelak, kita mampu tersenyum gembira dan terselamat daripada diheret malaikat ke lubang neraka!


Sunday, January 30, 2011

30 January 2011

It has been 13 months since the day I registered as a masters student..and its been 13 months full of difficulties, hardship, tireness, boredom, tears, anger and sadness..but it was also the period during which I started to discover who I actually am. I learned a lot of things; things that I could never know if I did not chose this path in the first place.

I learned the real meaning of persevearance. I discover that money is not everything in this world. I had taught myself how to be gentle and patient, and to control my anger better..and many other things.

Eventhough sometimes I actually missed working and practising as a pharmacist, I know that this road that I had chosen promises something better in the future. Something worth sacrificing everything for, something good for myself, and even better for the people around me..I hope so..

Allah definitely has a unique way of guiding us. If things did not go as we wish or as expected, there must be a reason. And its our job to discover the reason. Pray to Allah, and He will show the right way..