~because the journey to a million miles begins with the first step..

Wednesday, October 27, 2010

27th Oct 2010

makin hari berganjak, semakin sukar untuk fokus..hati tertanya-tanya, apakah yang bakal terjadi..mampukah aku berhadapan dengan semuanya?tegakah aku meneruskan sisa-sisa hidup ini?kuatkah aku menahan tekanan emosi yang menyesakkan dada?

ntahlah..aku kan terus berdoa dan berharap..moga Allah bakal memberikan keputusan yang terbaik buat aku, agamaku, duniaku dan akhiratku..

Saturday, October 23, 2010

my walk of life.......

Rasa dalam hati, hanya Allah yang tahu..mana mungkin aku melawan arus dan takdir, aku cuma seorang perempuan yang tiada kuasa untuk melawan dan meredah arus..setiap air mata yang mengalir dan kekecewaan yang kurasa, aku berserah kepada Allah..

Ya Allah, andai ini takdirku, aku pasrah kepada Mu..andai ini ujian buat menguji iman kami, janganlah kau biarkan aku dan dia terpesong jauh dari jalan Mu..andai masih ada ruang untuk segalanya kembali seperti dulu, permudahkanlah Ya Allah...

Monday, October 4, 2010

big headache..~

Kepenatan terasa, hari demi hari, cuba mencari sumber buat melarikan diri, walau sebentar pun tidak apa..namun bila difikir semula, makin kerap diri dilarikan, makin tertangguh kerja yang perlu dilakukan, lantas akal cenderung untuk memaksa hati dan diri untuk terus bekerja..

Rasionalnya akal, tidak mempertimbangkan jauhnya hati.yang penting, matlamat tercapai..makanya, diri perlu bijak menimbangkan dan menilai, yang mana yang penting dan perlu, dan dimanakah had bagi setiap sesuatu..

Bukan mahu diikutkan kata hati, cuma ada masanya kata hati itu menyelamatkan diri.."jangan menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan.."akal terus menolak diri untuk bekerja, dengan meletakkan had kebinasaan itu pada kematian..tapi bila hati menilai, binasa adalah pada jauhnya diri dari Allah, kosongnya hidup dari sapaan-sapaan makhluk, yang mana amat perlu untuk memjamin lestarinya diri..

Cuba merenung diri, melihat peribadi..meyakinkan diri, walau sepayah mana, walau sepenat mana yang dirasa, Allah tahu dan ada dengan aku..