Kepenatan terasa, hari demi hari, cuba mencari sumber buat melarikan diri, walau sebentar pun tidak apa..namun bila difikir semula, makin kerap diri dilarikan, makin tertangguh kerja yang perlu dilakukan, lantas akal cenderung untuk memaksa hati dan diri untuk terus bekerja..
Rasionalnya akal, tidak mempertimbangkan jauhnya hati.yang penting, matlamat tercapai..makanya, diri perlu bijak menimbangkan dan menilai, yang mana yang penting dan perlu, dan dimanakah had bagi setiap sesuatu..
Bukan mahu diikutkan kata hati, cuma ada masanya kata hati itu menyelamatkan diri.."jangan menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan.."akal terus menolak diri untuk bekerja, dengan meletakkan had kebinasaan itu pada kematian..tapi bila hati menilai, binasa adalah pada jauhnya diri dari Allah, kosongnya hidup dari sapaan-sapaan makhluk, yang mana amat perlu untuk memjamin lestarinya diri..
Cuba merenung diri, melihat peribadi..meyakinkan diri, walau sepayah mana, walau sepenat mana yang dirasa, Allah tahu dan ada dengan aku..
No comments:
Post a Comment